• EnglishClick to open the English menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Leadership
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libyan Islamic Fighting Group
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah Against Bin Ladin
    • Salman al-Awdah Refutation of Awlaki
    • A Rescued Child Suicide Bomber
    • Salafi Refutation of Awlaki
  • BosanskiClick to open the Bosanski menu
    • Nasir Abas
    • Deoband vodstvo
    • Salman al-Avdah
    • Muhamed El Fazazi
    • Kadrija Fetva
    • Dr. Fadl
    • HASAN HATTAB
    • Libijska islamska militantna grupa
    • Spašeni dječak bombaš-samoubojica
  • فارسیClick to open the فارسی menu
    • نصير عباس
    • ديوباندى
    • سيد إمام الشريف
    • محمد الفزازى
    • حسن حطاب
    • روه مبارزه اسلامی لیبی
    • قدرى
    • سلمان العوده
    • نجات کودک قربانی
  • босанскиClick to open the босански menu
    • Насир Абас
    • Деобанди вођство
    • Др. Фадл
    • Мухамед Ел Фазази
    • Хасан Хатаб
    • Либијска исламска милитантна група
    • Кадријева Фетва
    • Салман ал-Авдах
    • Спашени дјечак бомбаш-самоубица
  • Нохчийн моттClick to open the Нохчийн мотт menu
    • Насир1аббас
    • Деобандин лидералла (коьрталла)
    • Докторан Фадль
    • Мохьаммад Эль-Фазази
    • Хасан Хаттаб
    • Ливий Исламан т1еман тоба
    • Кадри Фетва
    • Салман аль-Авдах!
    • К1екхьарадаьккхина бер-террорист-далархо
  • 简体字Click to open the 简体字 menu
    • 纳西·阿峇斯
    • 德奥班德派的领袖
    • Dr.法德勒博士第一本反恐怖主义的著作
    • 穆罕默德‧伊尔‧法扎兹
    • 哈桑哈塔布
    • 利比亚伊斯兰战斗组织
    • 卡德里的教令
    • 萨勒曼阿勒-欧达
    • 获救的儿童自杀炸弹
  • عربيةClick to open the عربية menu
    • نصير عباس
    • الدكتور سلمان العودة
    • سلفيين ضد العولقي
    • القيادة الديوباندية
    • حسن حطاب
    • قادري
    • نجاة طفل انتحاري
  • NederlandsClick to open the Nederlands menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Leiderschap
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • De Libische Islamitische Gevechtsgroep
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Een geredde jeugdige zelfmoordterrorist
  • FrançaisClick to open the Français menu
    • Nasir Abas
    • Le leadership deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Groupe islamique des combattants libyens
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Un enfant kamikaze rescapé
  • اردوClick to open the اردو menu
    • ناصر عباس
    • دہشت گردی کے رد میں ڈاکٹر فضل کی پہلی کتاب
    • محمد الفزازی
    • حسن حطاب
    • لیبین اسلامی گروپ برائے حرب
    • سلمان الاودھ
    • ایک بازیاب کردہ خود کش بمبار بچہ
  • DeutschClick to open the Deutsch menu
    • Nasir Abas
    • Die Deoband-Führung
    • Dr. Fadl
    • Hassan Hattab
    • Die Libysche Islamische Kampfgruppe
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Rettung eines kindlichen Selbstmordattentäters
  • हिन्दीClick to open the हिन्दी menu
    • नसीर अब्बास
    • देवबन्दी नेतृत्व
    • डा. फ़द्ल की आंतकवाद के िखलाफ़ पहली िकताब
    • मोहम्मद एल फज़ाज़ी
    • हसन
    • लीिबयन इस्लािमक लड़ाकू दल
    • क़ादरी फ़तवा
    • सलमान अल-अवध
    • एक छुड़ाया गया आत्मघाती हमलावर बच्चा
  • Bahasa IndonesiaClick to open the Bahasa Indonesia menu
    • Nasir Abas
    • Kepemimpinan Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kelompok Pejuang Islam Libya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Seorang Anak Pelaku Bom Bunuh Diri Yang Diselamatkan
  • كوردیClick to open the كوردی menu
    • نصير عباس
    • ديوباندى
    • سيد إمام الشريف
    • فزازى
    • حسن
    • LIFG
    • قدرى
  • Bahasa MelayuClick to open the Bahasa Melayu menu
    • Nasir Abas
    • Kepimpinan Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kumpulan Pejuang Islam Libya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Pengebom Berani Mati Kanak-kanak Yang Diselamatkan
  • AfsoomaaliClick to open the Afsoomaali menu
    • Nasir Abas
    • Hogaamiyayaasha Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kooxda Dagaalyahanada Islaamka Liibiya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Cunug Bambo Isku qarxiye ah oo la badbadiyay
  • EspañolClick to open the Español menu
    • Nasir Abas
    • Liderazgo de los Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Grupo de Lucha Islámica Libia
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Niño terrorista suicida rescatado
  • TagalogClick to open the Tagalog menu
    • Nasir Abas
    • Pamumuno ng Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libyan Islamic Fighting Group
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Isang iniligtas na Batang "Suicide Bomber”
  • TürkçeClick to open the Türkçe menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Liderliği
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libya İslami Mücadele Örgütü
    • Dr. Kadri
    • Selman El-Avde
    • Kurtarılan İntihar Bombacısı Çocuk
  • தமிழ்Click to open the தமிழ் menu
    • Tamil-Nasir Abas
    • Tamil-Deoband
    • Tamil-Fadl
    • Tamil-Fazazi
    • Tamil-Hassan Hattab
    • Tamil-LIFG
    • Tamil-Qadri
    • Tamil-Awdah
    • Tamil-Rescued Child Suicide Bomber
  • ภาษาไทยClick to open the ภาษาไทย menu
    • นาซิร อาบาส
    • ผูนํากลุมดีโอบันด 
    • การถอนคำพูดจากอียิปต์
    • โมฮัมเหม็ด เอล ฟาซาซ 
    • ฮัสซัน ฮัตทาบ
    • กลุมนักสูชาวอิสลามในลิเบย
    • กาดริ ฟตวา 
    • ซัลมาน อัล เอาดะฮ
    • เด็กที่ไดรับการชวยชีวิตอดีตมือระเบิดพลีชีพ 

Salman al-Awdah

Sheikh Salman al-Awdah pernah menjadi penasihat kepada Usama Bin Ladin.  Usama Bin Ladin juga pernah memuji-muji Al-Awdah berkali-kali dalam mesej audio dan video. Walau bagaimanapun, kini, Al-Awdah secara terang-terangan mengkritik pencabulan al-Qa'eda.

Beliau menujukan warkah berikut kepada Usama Bin Ladin:  

 

Warkah Ramadan kepada Osama bin Laden daripada Salman Al-Awdah

 

Saudaraku Osama:

 

Berapa banyak darah yang telah mengalir ? Berapa ramai kanak-kanak, wanita, dan orang tua yang tidak berdosa telah dibunuh, menjadi cacat, dan diusir dari rumah mereka atas nama “al-Qaeda”?

 

Adakah kau akan gembira untuk bertemu Allah menggendong beban yang amat berat di atas bahumu? Sesungguhnya beban itu amat berat, yakni nyawa sekurang-kurangnya beratus-ratus daripada beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa, meskipun bukan berjuta-juta.

 

Sanggupkah engkau menerimanya? meskipun selepas mengetahui bahawa Pesuruh Allah telah bersabda: “Barang siapa yang membunuh seekor burung pipit dalam keadaan sia-sia akan mendapati ia menangis di hadapan Allah pada Hari Pengadilan: ‘Ya Tuhanku! Orang itu membunuhku dengan sia-sia. Dia tidak membunuhku kerana keperluan untuk hidup.”

 

Agama kita  membela nyawa seekor burung pipit. Ia sama sekali tidak mungkin menerima pembunuhan orang yang tidak berdosa, tanpa menghiraukan apakah kewajaran yang sepatutnya diberikan untuknya.

 

Tidakkah engkau mengetahui bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda: “Seorang daripada Rasul pernah duduk di bawah sebatang pokok dan telah digigit oleh seekor semut. Disebabkan hal ini, dia telah membakar sarang semut tersebut. Lalu, Allah bertanya kepadanya: ‘Kenapa bukan hanya semut itu seekor sahaja ?’ ” [Sahih Muslim]

 

Maka Allah pun menurunkan wahyu kepada Rasul tersebut: “Adakah  kerana seekor semut yang telah menggigit engkau, habis keseluruhan negara (bangsa) yang memuji-muji kemegahan Allah itu engkau bakar?” [Sahih Muslim (2241)]

 

Jika ini pandangan Allah terhadap sarang semut, bayangkan betapa dahsyatnya jika hal yang sama dilakukan terhadap umat manusia.

 

Siapakah yang bertanggungjawab terhadap semua anak muda Islam yang sedang meningkat remaja, penuh bersemangat, lalu hanyut dalam arus yang mereka tidak tahu arah tujuannya?

 

Hari ini imej Islam telah dicemari. Masyarakat dunia melihat Islam sebagai agama yang mengajar bahawa mereka yang tidak menerima Islam harus dibunuh. Mereka juga mengatakan bahawa pengikut Salafi mengajar agar pengikutnya membunuh orang Islam yang tidak bersependapat dengan mereka.

 

Walau bagaimanapun, realiti tentang Islam adalah, Rasulullah (saw) sendiri tidak membunuh orang yang munafik (yang berbahaya) dalam kalangannya, meskipun Allah telah mewahyukan kepada baginda siapakah mereka sebenarnya dan memberitahu baginda bahawa mereka (orang munafik) ini telah ditakdirkan untuk dihumban ke dalam Neraka yang terkutuk. Mengapakah dia menahan tangannya (daripada membunuh mereka)? Baginda memberi alasan yang berikut: “Aku tidak mahu orang berkata bahawasanya Muhammad telah membunuh sahabat-sahabatnya.”

 

Saudaraku Osama, apa yang terjadi pada 11 September – jenayah yang menyebabkan kita dikutuk habis-habisan hingga ke hari ini – pembunuhan yang mungkin tidak sampai tiga ribu orang. Inilah jumlah yang mati dalam kapal terbang dan juga di menara tersebut. Berbanding dengan, pendakwah Islam – yang akan kekal tidak dikenali dan disanjung – telah berjaya membimbing beratus ribu orang kepada agama Islam, orang-orang yang telah mendapat cahaya keimanan dan mereka yang hatinya dipenuhi dengan kecintaan terhadap Allah. Bukankah jelas wujud perbezaan di antara orang yang membunuh dengan orang yang membimbing?

 

Allah telah berfirman: “Barang siapa yang membunuh manusia dengan tujuan selain daripada pematian orang atau kerosakan di bumi ini, umpama dia telah membunuh seluruh umat manusia, dan barang siapa yang menyelamatkan kehidupan seseorang, seolah-olah dia telah menyelamatkan kehidupan seluruh umat manusia” [Surah al-Ma’idah: 32]

 

Apabila kita dapat membimbing satu jiwa kepada ilmu dan kepercayaan, itu merupakan suatu  pencapaian yang agung. Itu yang akan menjadikan kita dilimpahi rahmat.

 

Saudaraku Osama, apakah yang dapat diperoleh daripada pemusnahan seluruh negara (bangsa) – seperti yang kita saksikan di Afghanistan dan Iraq, iaitu melihat kehancuran mereka disebabkan oleh wabak dan kebuluran?  Apakah yang akan diperoleh dengan mengganggu-gugat kestabilan dan harapan untuk mereka hidup normal? Tiga juta pelarian berpusu-pusu ke Syria dan Jordan sendirian, tak terhitung lagi bilangan mereka yang lari ke Timur dan Barat.

 

Umat Islam sedih dan berduka menghadapi mimpi ngeri tentang perang saudara yang pada ketika ini semakin menjadi-jadi di Afghanistan dan Iraq. Tatkala Rasulullah (saw) mendengar akan seorang lelaki yang namanya Harb (bermakna “perang” dalam bahasa Arab), dengan segera baginda menukar nama lelaki itu kepada nama yang lain, kerana Rasulullah membenci peperangan.

 

Allah berfirman: “Berperang itu diwajibkan ke atas kamu, meskipun kamu sangat benci terhadapnya.” [Surah al-Baqarah: 216]

 

Peperangan adalah suatu perbuatan yang terkutuk yakni hanya boleh digunakan dalam keadaan yang paling mendesak dan memaksa apabila tiada cara lain yang wujud.

 

Siapakah yang akan mendapat manfaat dengan mendorong negara seperti Morocco, Algeria, Lebanon, atau Arab Saudi – atau mana-mana negara lain pun – menjadi medan pertempuran yang mana tidak satu pun merasa selamat? Adakah matlamatnya untuk menggugat kerajaan? Adakah itu penyelesaian untuk segala-galanya?

 

Adakah ini rancangannya – walaupun direalisasikan dengan berarak memijak ratusan ribu mayat – polis, tentera, dan orang awam, malahan orang awam Islam? Adakah kematian mereka hanya dipandang ringan dengan berkata: “Mereka akan dibangkitkan pada Hari Kemudian berdasarkan keimanan mereka.”

 

Tidak dinafikan lagi, memang mereka yang dibunuh akan dibangkitkan semula berdasarkan keimanan mereka. Namun, soalan yang harus kita sendiri tanya adalah, apa pula keadaan kita apabila dibangkitkan semula nanti? Adakah kita mengenali diri kita sendiri tatkala bertemu dengan Yang Maha Kuasa? Bagaimanakah keadaannya buat orang yang bertanggungjawab atas kematian yang tidak terkira banyaknya? Adakah dia akan mengakui kesalahannya?

 

Apa yang jauh lebih utama ialah menyampaikan amanat Islam kepada umat manusia agar dapat mempengaruhi dan meyakini mereka. Ini adalah kebimbangan yang jauh lebih besar dan mendalam daripada kebimbangan yang tercetus akibat menggunakan kekerasan dan keganasan yang memaksa orang lain menuruti kehendak diri sendiri. “Allah menghantar Pesuruhnya (saw) sebagai panduan kepada manusia, bukan sebagai pemungut cukai” seperti yang selalu dikatakan oleh Umar b. Abd al-Aziz.

 

Siapakah yang bertanggungjawab – wahai saudaraku, Osama – memperjuangkan budaya pengucilan yang telah memecahbelahkan kaum keluarga dan menyaksikan anak-anak teruna menggelar ayah mereka kafir? Siapakah yang bertanggungjawab menggalakkan budaya keganasan dan pembunuhan yang menyaksikan sanak-saudara membunuh ahli keluarga mereka sendiri tanpa rasa sesal, padahal yang lebih baik adalah memupuk jiwa dengan kasih sayang dan ketenangan yang sepatutnya wujud dalam sebuah keluarga Islam?

 

Siapakah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak muda yang meninggalkan ibu-ibu mereka dalam kesedihan; meninggalkan isteri-isteri mereka; dengan anak-anak kecil yang setiap hari bertanya bilakah ayah mereka akan pulang setiap kali bangun daripada tidur? Apakah jawapan yang boleh diberi, apabila ayah mereka mungkin telah mati, atau hilang tanpa sesiapa pun yang mengetahui akan nasibnya?

 

Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kerajaan Barat yang menyerang setiap projek amal di dunia, supaya anak-anak yatim, orang miskin, dan orang yang memerlukan di serata dunia tidak mendapat makanan, pelajaran, dan keperluan penting lain? Siapa yang bertanggungjawab – saudaraku Osama – memenuhkan penjara-penjara dunia Islam dengan anak-anak muda, yang hanya akan melahirkan lebih ramai pelampau, lebih banyak keganasan dan pembunuhan dalam masyarakat kita?

 

Muhammad (saw) – yang menjadi sumber panduan kita – tidakkah apa yang dibawa baginda mencukupi untuk kamu? Baginda diutus sebagai rahmat kepada seluruh umat manusia. Allah berfirman: “Dan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan sebagai rahmat kepada seluruh umat manusia.” [Surah al-Anbiya’: 107]

 

Perkataan “rahmat” tiada dalam kamus peperangan. Di manakah wujudnya rahmat dalam pembunuhan orang? Di manakah wujudnya rahmat dalam pengeboman kawasan? Di manakah wujudnya rahmat dalam menjadikan manusia dan kawasan sebagai sasaran? Di manakah wujudnya rahmat dalam menjadikan banyak negara Islam sebagai medan peperangan?

 

Rasulullah (saw) menguasai seluruh negara Arab tanpa melakukan pembunuhan walaupun terdapat peperangan yang dilancarkan terhadap baginda. Bilangan orang yang terbunuh semasa dua puluh tiga tahun misi baginda adalah kurang daripada dua ratus orang. Orang-orang Islam yang dibunuh oleh musuh mereka pada masa itu adalah lebih ramai daripada angka tersebut.

 

Apakah yang mahu dicapai oleh seratus orang di Algeria, atau sekali ganda bilangan itu di Lebanon, atau di Arab Saudi dengan melakukan keganasan – atau apa yang mereka laungkan sebagai serangan berani mati? Tindakan ini hanya sia-sia.

 

Katakanlah – secara andaiannya – bahawa orang-orang ini berjaya merampas kuasa di suatu tempat di dunia ini. Apa pula seterusnya? Apakah yang boleh diharapkan daripada orang-orang yang tidak berpengalaman mengurus tadbir dengan baik? Mereka yang tidak berpengetahuan dalam undang-undang Islam untuk menyokong mereka serta tidak memahami hubungan dalam dan luar negara?

 

Adakah Islam itu hanya tentang senjata dan peluru? Adakah cara boleh menghalalkan segala-galanya?

 

Ideologi itu yang menjadi pegangan ramai anak muda di serata dunia, adakah itu wahyu daripada Allah yang tidak boleh dipersoalkan atau dipertimbangkan? Atau adakah ia hanya hasil usaha manusia yang masih boleh silap dan perlu diperbetulkan?

 

Ramai saudaramu di Mesir, Algeria dan tempat-tempat lain telah menyaksikan titik akhir ideologi itu. Mereka menyedari betapa ia amat menghancurkan dan berbahaya. Mereka sudah berani mengisytiharkan dalam penulisan dan penghebahan bahawa mereka telah melakukan kesilapan dan mengakui jalan yang mereka pilih adalah salah. Mereka mengakui bahawa ia tidak membawa apa-apa kebaikan. Mereka telah memohon keampunan Allah tentang apa yang telah berlaku dan menyatakan kekesalan dengan ikhlas tentang apa yang telah mereka lakukan.

 

Hati orang yang berani memerlukan minda yang cekal.

 

Tidakkah kamu dengar suara cendekiawan yang salih, mereka yang menyembah Allah siang dan malam dan yang benar-benar mentaati perintah Allah – tidakkah kamu mendengar mereka menyuarakan kata-kata yang sama seperti Rasulullah (saw) suarakan semasa Khalid b. al-Walid, panglima besar tenteranya, melakukan kesilapan: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid.”

 

Perkataan yang sama masih bergema selepas 1400 tahun dalam rintihan cendekiawan Islam: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada apa yang Osama lakukan, dan daripada mereka yang menyekutukan diri dengan namanya atau bekerja di bawah panji-panjinya.”

 

Aku ingin memberi peringatan kepadamu apa yang Muhammad Rasulullah (saw) sabdakan kepada Usamah b. Zayd – yang namanya kau bawa – tatkala dia membunuh seorang pemuda dari Juhaynah tatkala kemuncak peperangan selepas pemuda itu mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

 

Setelah Rasullulah (saw) menegurnya, Usamah berkata: “Wahai Pesuruh Allah! Dia hanya mengatakan begitu kerana dia takutkan pedang.”

 

Rasulullah (saw) menjawab: “Bagaimanakah nasib kamu sewaktu kau mengiktiraf keimananmu pada Hari Pengadilan nanti?”

 

Usamah merayu: “Wahai Pesuruh Allah, mohonlah keampunan buatku.”

 

Baginda hanya mengulangi apa yang telah dikatakan: “Bagaimanakah nasib kamu sewaktu kau mengiktiraf keimananmu pada Hari Pengadilan nanti?”

 

Wahai Osama! Apakah yang akan kamu lakukan pengiktirafan keimananmu apabila ia mempertikaikan kamu di Hari Pengadilan nanti?

 

Osama, kehidupan tidak seharusnya menjadi pelajaran tunggal. Sepanjang hayat kita akan banyak belajar dan pelajaran itu datang dalam pelbagai bentuk.

 

Keadaan aku tiada bezanya dengan ramai orang lain yang prihatin tentang hal ehwal Islam. Hatiku terseksa tatkala memikirkan bilangan anak muda yang berpotensi tinggi – yang dapat memberi sumbangan besar dan asli kepada masyarakat serta menghulurkan begitu banyak bakti – telah dijadikan bom hidup.

 

Inilah soalan penting yang perlu kau tanya pada dirimu sendiri dan orang lain pula berhak menuntut jawapannya: Apakah yang sebenarnya telah dicapai sepanjang derita, tragedi, air mata dan pengorbanan selama ini?

 

Aku memohon kepada Allah agar disatukan umat manusia kepada jalan yang benar. Aku berdoa agar Allah menunjukkan jalan kepada kita semua kepada perkara yang dirahmati-Nya.

 

– Salman b. Fahd al-Awdah

Submissions and suggestions:  contact@seventhpillar.net