Ramai pemimpin Kumpulan Pejuang Islam Libya yang dipenjarakan, yang sebelum ini merupakan sekutu rapat Al Qaeda yang ganas—menerbitkan lebih 400 halaman pengakuan untuk meninggalkan ideologi ganas Al-Qaeda pada 17 September 2009.
Teks tersebut mengandungi petikan yang telah diterjemahkan seperti berikut:
Penyempitan maksud jihad kepada pertempuran menggunakan senjata adalah satu kesilapan dan kelemahan.
Keluar berjihad tanpa kebenaran ibu bapa dan pemberi pinjaman adalah tidak dibenarkan.
Terdapat etika dan moral dalam berjihad—antaranya adalah: jihad adalah kerana Tuhan, dan adalah suatu kesalahan untuk membunuh orang-orang perempuan, kanak-kanak, orang-orang tua...
Juga, antara etika dan moral dalam berjihad adalah, diharamkan bersifat khianat, diwajibkan menunaikan janji, diwajibkan berbuat baik kepada tahanan perang, tidak dibenarkan mencacatkan orang yang telah mati…
Mereka yang mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW memutuskan bahawa penggunaan senjata api sebagai jalan keluar untuk mengubah situasi politik adalah tidak dibenarkan.
Berperang kerana sektarianisme, fahaman berpuak, atau kedudukan sosial dan berperang kerana hal-hal duniawi atau kuasa, termasuk dalam kategori perang saudara yang dilarang.
Menggunakan keganasan sebagai suatu jalan lain untuk reformasi dan pembaharuan adalah dibolehkan dengan syarat ia adalah untuk menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kejahatan dan untuk tujuan berdakwah.
Contoh yang telah dipersetujui oleh pengikut sunnah Rasulullah SAW dalam sejarah adalah: tidak dibenarkan memerangi pemerintah dan gabenor, dan persetujuan mereka bahawa bersabar dan berdoa kepada Tuhan dan menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kejahatan adalah cara yang betul.
Antara sebab wujudnya fahaman pelampau adalah perbuatan dosa yang menjadi-jadi dalam masyarakat Islam, tiada pemahaman yang betul tentang agama dan realiti, reaksi emosi, pemimpin yang tidak berkelayakan dan tiada pendidikan yang menyeluruh.
Submissions and suggestions: contact@seventhpillar.net