• EnglishClick to open the English menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Leadership
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libyan Islamic Fighting Group
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah Against Bin Ladin
    • Salman al-Awdah Refutation of Awlaki
    • A Rescued Child Suicide Bomber
    • Salafi Refutation of Awlaki
  • BosanskiClick to open the Bosanski menu
    • Nasir Abas
    • Deoband vodstvo
    • Salman al-Avdah
    • Muhamed El Fazazi
    • Kadrija Fetva
    • Dr. Fadl
    • HASAN HATTAB
    • Libijska islamska militantna grupa
    • Spašeni dječak bombaš-samoubojica
  • فارسیClick to open the فارسی menu
    • نصير عباس
    • ديوباندى
    • سيد إمام الشريف
    • محمد الفزازى
    • حسن حطاب
    • روه مبارزه اسلامی لیبی
    • قدرى
    • سلمان العوده
    • نجات کودک قربانی
  • босанскиClick to open the босански menu
    • Насир Абас
    • Деобанди вођство
    • Др. Фадл
    • Мухамед Ел Фазази
    • Хасан Хатаб
    • Либијска исламска милитантна група
    • Кадријева Фетва
    • Салман ал-Авдах
    • Спашени дјечак бомбаш-самоубица
  • Нохчийн моттClick to open the Нохчийн мотт menu
    • Насир1аббас
    • Деобандин лидералла (коьрталла)
    • Докторан Фадль
    • Мохьаммад Эль-Фазази
    • Хасан Хаттаб
    • Ливий Исламан т1еман тоба
    • Кадри Фетва
    • Салман аль-Авдах!
    • К1екхьарадаьккхина бер-террорист-далархо
  • 简体字Click to open the 简体字 menu
    • 纳西·阿峇斯
    • 德奥班德派的领袖
    • Dr.法德勒博士第一本反恐怖主义的著作
    • 穆罕默德‧伊尔‧法扎兹
    • 哈桑哈塔布
    • 利比亚伊斯兰战斗组织
    • 卡德里的教令
    • 萨勒曼阿勒-欧达
    • 获救的儿童自杀炸弹
  • عربيةClick to open the عربية menu
    • نصير عباس
    • الدكتور سلمان العودة
    • سلفيين ضد العولقي
    • القيادة الديوباندية
    • حسن حطاب
    • قادري
    • نجاة طفل انتحاري
  • NederlandsClick to open the Nederlands menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Leiderschap
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • De Libische Islamitische Gevechtsgroep
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Een geredde jeugdige zelfmoordterrorist
  • FrançaisClick to open the Français menu
    • Nasir Abas
    • Le leadership deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Groupe islamique des combattants libyens
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Un enfant kamikaze rescapé
  • اردوClick to open the اردو menu
    • ناصر عباس
    • دہشت گردی کے رد میں ڈاکٹر فضل کی پہلی کتاب
    • محمد الفزازی
    • حسن حطاب
    • لیبین اسلامی گروپ برائے حرب
    • سلمان الاودھ
    • ایک بازیاب کردہ خود کش بمبار بچہ
  • DeutschClick to open the Deutsch menu
    • Nasir Abas
    • Die Deoband-Führung
    • Dr. Fadl
    • Hassan Hattab
    • Die Libysche Islamische Kampfgruppe
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Rettung eines kindlichen Selbstmordattentäters
  • हिन्दीClick to open the हिन्दी menu
    • नसीर अब्बास
    • देवबन्दी नेतृत्व
    • डा. फ़द्ल की आंतकवाद के िखलाफ़ पहली िकताब
    • मोहम्मद एल फज़ाज़ी
    • हसन
    • लीिबयन इस्लािमक लड़ाकू दल
    • क़ादरी फ़तवा
    • सलमान अल-अवध
    • एक छुड़ाया गया आत्मघाती हमलावर बच्चा
  • Bahasa IndonesiaClick to open the Bahasa Indonesia menu
    • Nasir Abas
    • Kepemimpinan Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kelompok Pejuang Islam Libya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Seorang Anak Pelaku Bom Bunuh Diri Yang Diselamatkan
  • كوردیClick to open the كوردی menu
    • نصير عباس
    • ديوباندى
    • سيد إمام الشريف
    • فزازى
    • حسن
    • LIFG
    • قدرى
  • Bahasa MelayuClick to open the Bahasa Melayu menu
    • Nasir Abas
    • Kepimpinan Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kumpulan Pejuang Islam Libya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Pengebom Berani Mati Kanak-kanak Yang Diselamatkan
  • AfsoomaaliClick to open the Afsoomaali menu
    • Nasir Abas
    • Hogaamiyayaasha Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kooxda Dagaalyahanada Islaamka Liibiya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Cunug Bambo Isku qarxiye ah oo la badbadiyay
  • EspañolClick to open the Español menu
    • Nasir Abas
    • Liderazgo de los Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Grupo de Lucha Islámica Libia
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Niño terrorista suicida rescatado
  • TagalogClick to open the Tagalog menu
    • Nasir Abas
    • Pamumuno ng Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libyan Islamic Fighting Group
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Isang iniligtas na Batang "Suicide Bomber”
  • TürkçeClick to open the Türkçe menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Liderliği
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libya İslami Mücadele Örgütü
    • Dr. Kadri
    • Selman El-Avde
    • Kurtarılan İntihar Bombacısı Çocuk
  • தமிழ்Click to open the தமிழ் menu
    • Tamil-Nasir Abas
    • Tamil-Deoband
    • Tamil-Fadl
    • Tamil-Fazazi
    • Tamil-Hassan Hattab
    • Tamil-LIFG
    • Tamil-Qadri
    • Tamil-Awdah
    • Tamil-Rescued Child Suicide Bomber
  • ภาษาไทยClick to open the ภาษาไทย menu
    • นาซิร อาบาส
    • ผูนํากลุมดีโอบันด 
    • การถอนคำพูดจากอียิปต์
    • โมฮัมเหม็ด เอล ฟาซาซ 
    • ฮัสซัน ฮัตทาบ
    • กลุมนักสูชาวอิสลามในลิเบย
    • กาดริ ฟตวา 
    • ซัลมาน อัล เอาดะฮ
    • เด็กที่ไดรับการชวยชีวิตอดีตมือระเบิดพลีชีพ 

Dr. Qadri

Petikan berikut adalah daripada tulisan Dr. Muhammad Tahir-ul-Qadri “Fatwa tentang Pengeboman Berani Mati dan Terorisme” pada bulan Mei 2010. 

Beliau mengambil jurusan pengajian Islam di Universiti Punjab di Pakistan dan menerima ijazah lanjutan dalam bidang undang-undang, menjadikan beliau layak untuk bercakap tentang undang-undang keagamaan.

Kekomprehensifan dan kedalaman fatwa ini bertujuan untuk tidak mewujudkan sebarang keraguan, dan berusaha sedaya upaya untuk membuang sebarang kewajaran terhadap serangan berani mati yang mungkin ditawarkan oleh pelaku atau penyokongnya. Memang benar, Dr Tahir-ul-Qadri mengambil langkah yang penting untuk tampil dan mengisytiharkan bahawa pengeboman berani mati dan serangan terhadap orang awam yang bukan sahaja dikutuk oleh Islam, malah mengatakan bahawa pelakunya berada di luar landasan ajaran Islam, yang dalam kata lain, menjadi seorang kafir. Tambahan lagi, yang belum pernah terjadi dalam kesarjanaan Islam, usaha ini melahirkan rujukan ilmiah klasik, berbentuk kitab dan sejarah yang menekankan tanggungjawab Kerajaan negara-negara Islam untuk mengambil tindakan tegas agar elemen pengganas dibanteras daripada masyarakat.

 

“Dengan melakukan analisis komprehensif tentang tanda-tanda, kepercayaan dan ideologi kaum Khawarij melalui ayat suci Al-Quran, Hadis dan pandangan perundangan pakar undang-undang, kami membuktikan bahawa pengganas adalah kaum Khawarij zaman ini.”

 

“Kami bukan mencari perkenan mana-mana kerajaan, mahu pun penghormatan atau penghargaan daripada mana-mana kuasa atau organisasi antarabangsa. Seperti biasa, kami telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan tugas ini sebagai sebahagian daripada kewajipan agama kami.”

 

“Pada hari ini, pengganas, dalam percubaan sia-sia mereka untuk memaksakan idea dan kepercayaan mereka dan menghapuskan lawan mereka daripada muka bumi, membunuh orang yang tidak berdosa tanpa belas kasihan dan secara semberono di semua tempat; di masjid, bazar, pejabat kerajaan dan tempat awam lain, yang sebenarnya, jelas melakukan kekufuran. Mereka diberi amaran tentang seksaan yang mengaibkan di dunia ini dan di akhirat. Terorisme, pada dasarnya, adalah tindakan yang melambangkan ketidaksetiaan dan penolakan pegangan Islam. Apabila ditambah elemen bunuh diri yang ditegah, keterukannya dan keseriusannya menjadi bertambah besar.”

 

“Mungkin benar antara faktor setempat, nasional dan antarabangsa yang menguatkan terorisme pada peringkat global termasuklah: ketidakadilan yang dilaksanakan ke atas orang-orang Islam dalam perkara tertentu, dwistandard yang nyata diperlihatkan oleh kuasa-kuasa besar, dan penglibatan tentera negara mereka untuk tempoh yang panjang dan terbuka di beberapa negara dengan dalih untuk menghapuskan keganasan. Tetapi pengganas yang menggunakan keganasan dan pembunuhan semberono telah menjadi suatu yang rutin, dalam bentuk pengeboman berani mati terhadap orang yang hidup aman dan tidak berdosa, letupan bom di masjid, tempat ibadat, institusi pengajian, bazar, bangunan kerajaan, pusat dagangan, pasar, pangkalan keselamatan dan tempat-tempat awam lain: pada dasarnya adalah perbuatan yang amat kejam, anti-kemanusiaan dan tindakan yang gasar. Mereka ini mewajarkan tindakan mereka dengan memusnahkan manusia dan membunuh orang yang tidak berdosa secara beramai-ramai atas nama Jihad (perjuangan suci menentang kejahatan) dan dengan itu memutarbelitkan, memutarbalikkan dan mengelirukan konsep Islam keseluruhannya tentang Jihad. Situasi ini menyebabkan orang-orang Islam, khususnya golongan muda, menjadi mangsa keraguan dan kesangsian, yang mengelirukan minda mereka tentang Jihad, kerana orang-orang yang melakukan kekejaman ini adalah daripada golongan Islam. Para pelaku ini mengamalkan upacara keagamaan, melakukan ibadat dan secara luarannya kelihatan seperti menurut hukum Islam. Ini telah meletakkan bukan sahaja orang-orang Islam biasa dalam dilema, tetapi juga sebilangan besar cendekiawan dan para intelek berasa kurang senang dan ingin tahu hukum Islam yang tepat yang menyokong usaha, kaedah dan langkah-langkah yang diambil oleh kumpulan dan orang-orang ini yang menyebabkan huru-hara.”

 

“Banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang membuktikan pembunuhan beramai-ramai orang-orang Islam dan terorisme adalah ditegah dalam Islam kerana ia adalah perbuatan yang kufur. Ini telah menjadi pendapat yang dipegang bersama oleh semua cendekiawan yang telah meninggal dunia dalam sejarah Islam selama 1400 tahun, termasuk semua Imam Tafsir dan Hadis yang terkemuka dan pihak berkuasa berkaitan dengan perkara logik dan undang-undang. Islam telah membuka ruang perundingan dan perbincangan sebagai usaha untuk meyakinkan melalui hujah dan bukannya melalui kekerasan untuk mengisytiharkan pandangan orang lain sebagai salah dan memaksakan pandangan diri sendiri. Hanya mereka yang menjadi mangsa kejahilan, kecemburuan dan niat jahat sahaja yang mengambil sikap militan. Islam mengisytiharkan mereka sebagai pemberontak. Mereka akan kekal di Neraka.”

 

“Jelas wujud syarat dalam Al-Quran, Hadis dan keterangan daripada pakar undang-undang yang membawa kepada larangan pemberontakan. Merujuk kepada Sahabat Rasulullah, pengganti mereka, Imam Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Shafie, Imam Ahmad Bin Hanbal dan pakar undang-undang terkemuka yang lain, fakta telah didedahkan bahawa sepersetujuan mutlak wujud dalam kalangan semua pakar undang-undang terkemuka tentang larangan mutlak pemberontakan terhadap negara Islam, dan tiada perbezaan pendapat antara mana-mana mazhab.”

Submissions and suggestions:  contact@seventhpillar.net