Pada bulan Februari 2008, pengetua sekolah Deobandi mengeluarkan fatwa menentang keganasan atas nama agama--yang disokong oleh 6,000 ahli di India . Kepimpinan dan prinsip taifah Deobandi Islam yang konservatif telah mempengaruhi Taliban.
Fatwa ini dikeluarkan menggunakan surat berkepala DarulUloomDeoband.(Ditandatangani dan dimeterai oleh Mufti Besar dan tiga orang Timbalannya di Jabatan Fatwa Darul Uloom Deoband).
Dengan nama Allah, yang maha pengampun lagi maha mengasihani.
Jawapan (semoga dirahmati Allah): Islam adalah agama yang Aman dan Harmoni. Dalam Islam, mencetuskan perbalahan dan kekacauan dalam masyarakat, memecah keamanan, merusuh, menumpahkan darah, menjarah atau merampas dan membunuh orang yang tidak berdosa di mana-mana sahaja di dunia, SEMUANYA dianggap sebagai jenayah yang amat tidak berperikemanusiaan.
Terdapat beberapa ayat dalam Al-Quran yang dengan tegas melarang keamanan itu digugat. “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi sesudah (Allah) menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya” (Surah Al-A’raaf, Ayat 56); “Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia) sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.” (Surah Al-Baqarah Ayat 205); “Dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi” (Surah Al-Baqarah Ayat 60). Al-Quran dengan jelas menyatakan bahawa membunuh (walaupun) seorang manusia yang tidak bersalah adalah bersamaan dengan pembunuhan (beramai-ramai) semua manusia kerana ia umpama membuka benteng yang mencetuskan situasi di luar kawalan sesiapa pun; manakala menyelamatkan satu nyawa adalah bersamaan dengan menyelamatkan semua manusia. Allah berfirman “Dengan (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu: Kami tetapkan atas Bani Israel, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya: dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia. Maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” (Surah Al-Maaidah, Ayat 32) yang juga ada menyebut bahawa jelas diperintahkan, “dan janganlah membunuh sesiapa pun yang pembunuhannya adalah dilarang melainkan dengan cara yang adil.”
Penekanan Islam tentang keamanan boleh dilihat daripada hakikat bahawa walaupun orang yang ditindas diberikan hak untuk mempertahankan diri, hukuman juga tidak boleh dijalankan secara berlebih-lebihan dan mana-mana orang yang tidak bersalah dilarang keras dijadikan sebagai sasaran. Allah Yang Maha Kuasa berfirman, “Berperanglah kerana Allah bagi sesiapa yang menentang kamu tetapi janganlah kamu melampaui batas; kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas”. Kerana itulah Rasulullah (SAW) menegaskan walaupun ketika berperang, hak manusia mestilah dihormati sepenuhnya. Beberapa contoh ajaran tersebut ada dalam sunnah Rasulullah.
Di samping itu, ajaran Islam mengajar bahawa semua makhluk Allah adalah bersaudara dan sesiapa yang memperlakukan saudara-saudaranya dengan kebaikan dan belas kasihan akan sangat disayangi oleh Allah (Baihaqi). Nabi Muhammad (SAW) bersabda bahawa Allah mengasihani sesiapa yang mengasihani sesama manusia. Kamu melayan penghuni dunia dengan belas kasihan maka penghuni Syurga (Allah) akan melayan kamu dengan belas kasihan (Tirmizi, Abu Dawood).
Ringkasnya, Islam menolak semua jenis kekejaman yang tidak wajar, pemecah keamanan, pertumpahan darah, pembunuhan dan perampasan dan tidak membenarkannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Itu merupakan prinsip asas Islam bahawa anda membantu satu sama lain untuk yang baik dan wajar dan TIDAK BERSUBAHAT dengan SESIAPA PUN untuk melakukan dosa atau penindasan.
Allah Yang Maha Kuasa berfirman: “Bantulah kamu antara satu sama lain dalam kebenaran dan ketaatan dan janganlah kamu membantu melakukan dosa dan dendam.” Maka berdasarkan garis panduan yang jelas dalam Al-Quran, nyata bahawa tuduhan keganasan terhadap agama seperti Islam yang menyuruh kepada keamanan dunia adalah dusta semata-mata. Malahan, Islam lahir untuk menghapuskan semua jenis keganasan dan menyebarkan mesej keamanan sejagat. Allah maha mengetahui.
Ditandatangani oleh:Mufti Habibur Rehman, Mufti Besar, Darul Uloom Deoband Disahkan oleh: 1. Zainul Islam Qasmi (Timbalan Mufti, Darul Uloom Deoband) 2. Mufti Waqar Ali (Penolong Mufti Darul Uloom Deoband) 3. Mufti Mehmoodul Hasan Bulanshehari
Dikeluarkan di bawah mohor DarulIfta, Darul Uloom Deoband
Submissions and suggestions: contact@seventhpillar.net