• EnglishClick to open the English menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Leadership
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libyan Islamic Fighting Group
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah Against Bin Ladin
    • Salman al-Awdah Refutation of Awlaki
    • A Rescued Child Suicide Bomber
    • Salafi Refutation of Awlaki
  • BosanskiClick to open the Bosanski menu
    • Nasir Abas
    • Deoband vodstvo
    • Salman al-Avdah
    • Muhamed El Fazazi
    • Kadrija Fetva
    • Dr. Fadl
    • HASAN HATTAB
    • Libijska islamska militantna grupa
    • Spašeni dječak bombaš-samoubojica
  • فارسیClick to open the فارسی menu
    • نصير عباس
    • ديوباندى
    • سيد إمام الشريف
    • محمد الفزازى
    • حسن حطاب
    • روه مبارزه اسلامی لیبی
    • قدرى
    • سلمان العوده
    • نجات کودک قربانی
  • босанскиClick to open the босански menu
    • Насир Абас
    • Деобанди вођство
    • Др. Фадл
    • Мухамед Ел Фазази
    • Хасан Хатаб
    • Либијска исламска милитантна група
    • Кадријева Фетва
    • Салман ал-Авдах
    • Спашени дјечак бомбаш-самоубица
  • Нохчийн моттClick to open the Нохчийн мотт menu
    • Насир1аббас
    • Деобандин лидералла (коьрталла)
    • Докторан Фадль
    • Мохьаммад Эль-Фазази
    • Хасан Хаттаб
    • Ливий Исламан т1еман тоба
    • Кадри Фетва
    • Салман аль-Авдах!
    • К1екхьарадаьккхина бер-террорист-далархо
  • 简体字Click to open the 简体字 menu
    • 纳西·阿峇斯
    • 德奥班德派的领袖
    • Dr.法德勒博士第一本反恐怖主义的著作
    • 穆罕默德‧伊尔‧法扎兹
    • 哈桑哈塔布
    • 利比亚伊斯兰战斗组织
    • 卡德里的教令
    • 萨勒曼阿勒-欧达
    • 获救的儿童自杀炸弹
  • عربيةClick to open the عربية menu
    • نصير عباس
    • الدكتور سلمان العودة
    • سلفيين ضد العولقي
    • القيادة الديوباندية
    • حسن حطاب
    • قادري
    • نجاة طفل انتحاري
  • NederlandsClick to open the Nederlands menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Leiderschap
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • De Libische Islamitische Gevechtsgroep
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Een geredde jeugdige zelfmoordterrorist
  • FrançaisClick to open the Français menu
    • Nasir Abas
    • Le leadership deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Groupe islamique des combattants libyens
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Un enfant kamikaze rescapé
  • اردوClick to open the اردو menu
    • ناصر عباس
    • دہشت گردی کے رد میں ڈاکٹر فضل کی پہلی کتاب
    • محمد الفزازی
    • حسن حطاب
    • لیبین اسلامی گروپ برائے حرب
    • سلمان الاودھ
    • ایک بازیاب کردہ خود کش بمبار بچہ
  • DeutschClick to open the Deutsch menu
    • Nasir Abas
    • Die Deoband-Führung
    • Dr. Fadl
    • Hassan Hattab
    • Die Libysche Islamische Kampfgruppe
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Rettung eines kindlichen Selbstmordattentäters
  • हिन्दीClick to open the हिन्दी menu
    • नसीर अब्बास
    • देवबन्दी नेतृत्व
    • डा. फ़द्ल की आंतकवाद के िखलाफ़ पहली िकताब
    • मोहम्मद एल फज़ाज़ी
    • हसन
    • लीिबयन इस्लािमक लड़ाकू दल
    • क़ादरी फ़तवा
    • सलमान अल-अवध
    • एक छुड़ाया गया आत्मघाती हमलावर बच्चा
  • Bahasa IndonesiaClick to open the Bahasa Indonesia menu
    • Nasir Abas
    • Kepemimpinan Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kelompok Pejuang Islam Libya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Seorang Anak Pelaku Bom Bunuh Diri Yang Diselamatkan
  • كوردیClick to open the كوردی menu
    • نصير عباس
    • ديوباندى
    • سيد إمام الشريف
    • فزازى
    • حسن
    • LIFG
    • قدرى
  • Bahasa MelayuClick to open the Bahasa Melayu menu
    • Nasir Abas
    • Kepimpinan Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kumpulan Pejuang Islam Libya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Pengebom Berani Mati Kanak-kanak Yang Diselamatkan
  • AfsoomaaliClick to open the Afsoomaali menu
    • Nasir Abas
    • Hogaamiyayaasha Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kooxda Dagaalyahanada Islaamka Liibiya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Cunug Bambo Isku qarxiye ah oo la badbadiyay
  • EspañolClick to open the Español menu
    • Nasir Abas
    • Liderazgo de los Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Grupo de Lucha Islámica Libia
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Niño terrorista suicida rescatado
  • TagalogClick to open the Tagalog menu
    • Nasir Abas
    • Pamumuno ng Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libyan Islamic Fighting Group
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Isang iniligtas na Batang "Suicide Bomber”
  • TürkçeClick to open the Türkçe menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Liderliği
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libya İslami Mücadele Örgütü
    • Dr. Kadri
    • Selman El-Avde
    • Kurtarılan İntihar Bombacısı Çocuk
  • தமிழ்Click to open the தமிழ் menu
    • Tamil-Nasir Abas
    • Tamil-Deoband
    • Tamil-Fadl
    • Tamil-Fazazi
    • Tamil-Hassan Hattab
    • Tamil-LIFG
    • Tamil-Qadri
    • Tamil-Awdah
    • Tamil-Rescued Child Suicide Bomber
  • ภาษาไทยClick to open the ภาษาไทย menu
    • นาซิร อาบาส
    • ผูนํากลุมดีโอบันด 
    • การถอนคำพูดจากอียิปต์
    • โมฮัมเหม็ด เอล ฟาซาซ 
    • ฮัสซัน ฮัตทาบ
    • กลุมนักสูชาวอิสลามในลิเบย
    • กาดริ ฟตวา 
    • ซัลมาน อัล เอาดะฮ
    • เด็กที่ไดรับการชวยชีวิตอดีตมือระเบิดพลีชีพ 

Mohammed El Fazazi

Mohammed El Fazazi, seorang ahli agama fahaman melampau yang dipenjarakan di Maghribi kerana terlibat dalam serangan pengganas pada tahun 2003 di Casablanca, menulis sepucuk surat kepada anak perempuannya mengakui tentang wujudnya keganasan pada 21 Julai 2009.

Anak perempuan saya telah bertanya beberapa soalan dengan tujuan mendapatkan jawapan berkaitan dengan keadaan imigran Islam di Jerman dan hubungan mereka dengan kerajaan Jerman. Saya berasa gembira kerana dia telah mengutarakan topik ini kepada saya kerana ini memberi peluang kepada saya untuk menyatakan buah fikiran dan pendapat saya berkaitan dengan isu ini dan memberikan jawapan kepada mereka yang mengehendakinya.

Pertama sekali, saya hendak mengesahkan bahawa saya,  Muhammad bin Muhammad El Fazazi, penulis kenyataan ini, tidak dipaksa untuk menulisnya. Saya tidak berasa tertekan untuk menulis, kerana saya berada di penjara atau telah dipaksa untuk melakukannya atau kerana saya mahu berpura-pura tentang sesuatu -- dan, sebagai buktinya, saya akan menyatakan hujah yang logik dan berasaskan syariah.


Selain itu, situasi saya di penjara Maghribi adalah sangat luar biasa, berdasarkan apa yang saya nikmati serta penghormatan yang saya peroleh. Saya tidak kehilangan apa-apa selain kebebasan saya, dan saya telah merayu kepada Allah yang Maha Esa agar saya akan segera menikmati kebebasan saya semula. Ini kerana semua orang tahu, termasuklah kerajaan Maghribi, bahawa tuduhan terhadap saya, atas serangan di Casablanca, adalah tidak benar. Ini merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan oleh pihak perkhidmatan rahsia Maghribi. Kesilapan ini mesti dibetulkan.

'Saya Seorang Islam dan Tidak Lebih Daripada Itu'

Dari segi persoalan tentang pendapat dan kepercayaan keagamaan saya sebelum saya berpindah ke Hamburg, Jerman, ini adalah pendapat saya: Saya adalah seorang yang mempunyai personaliti hasil gabungan pelbagai sumber dan boleh dikatakan secara ringkasnya bahawa saya tidak begitu meyakini cara pemikiran orang-orang tertentu seperti mana saya mempercayai hujah yang mereka utarakan.

Saya tidak mengikuti mana-mana tuan guru yang khusus selain daripada Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Saya juga mengakui bahawa saya seorang yang moden. Selama 32 tahun saya mengajar Bahasa Perancis dan matematik, dan selama lebih daripada 30 tahun juga, saya telah berdakwah dan mengabdikan diri kepada aktiviti dakwah di bawah naungan Kementerian Hal Ehwal Islam di Maghribi. Dalam kata lain: Saya seorang Islam dan tidak lebih daripada itu. Saya bukan seorang ahli jihad Salafi dan juga bukan Salafi tradisional. Saya bukan seorang Saudara Islam atau apa-apa yang lain. Saya seorang Islam dan tidak lebih daripada itu.

Merujuk kepada buku dan ucapan atau ceramah saya – yang sebahagiannya beranggapan yang buruk terhadap lawan saya – pembaca atau pendengar mestilah meletakkannya dalam konteks masa dan lokasi semasa dan mereka tidak harus mentafsirkannya secara berlebih-lebihan selain daripada yang sepatutnya. Saya dengan jujur dan terbuka mengatakan bahawa saya adalah objek serangan kejam lingkungan berhaluan kiri di Maghribi. Saya dihina, dipaksa, dan surat khabar serta forum memutar-belitkan kata-kata saya. Banyak yang saya perkatakan dalam buku-buku adalah jawapan kepada serangan ini dan sebagai suatu tindakan mempertahankan diri. Saya akui bahawa saya melampaui batas dan tersasar jauh dalam percubaan saya untuk menangkis apa yang saya dengar tentang diri saya daripada lawan yang berhaluan kiri dan gerakan lain. Justeru, itulah konteks yang perlu difahami dalam buku dan artikel yang saya tulis.

'Saya Telah Beralih daripada Sesetengah Perkara Yang Saya Pernah Yakini'

Tanpa ragu, tahun-tahun yang saya habiskan di penjara telah memberi peluang kepada saya untuk berfikir panjang merenungkan secara serius.  Saya tidak malu mengakui telah menelah kembali kefahaman saya sebelum ini dan telah sedikit sebanyak beralih daripada sesetengah perkara yang saya yakini. Ini sesuatu yang harus dipuji dan tak sepatutnya dikenang.

Berkaitan dengan soalan tentang imigran Islam dan kerajaan Jerman atau kerajaan Barat secara umumnya: Orang yang pertama yang patut menjawab soalan itu ialah para ilmuwan yang telah turut sama berhijrah, kerana mereka tahu lebih lagi tentang hal itu malahan lebih mengetahui tentang hubungan khusus itu. Itu kehidupan yang mereka jalani, dan mereka sendiri mengetahui amalan negara tersebut serta berhubungan dengan masyarakatnya.

Tetapi jika boleh, saya mahu mengatakan sesuatu yang berunsur peribadi, sebagai seorang yang telah menghabiskan dua minggu di Jerman sebanyak dua kali – itu tidak memberi saya masa yang cukup untuk mengenali penduduk dan negara itu malahan komuniti Islam di sana – maka saya boleh katakan bahawa imigran Islam, tidak kira dari mana asalnya, secara umum, mereka datang ke Jerman kerana mereka mahu mempelajari sesuatu di sana atau hendak bekerja, mendapatkan rawatan perubatan atau memperoleh banyak perkara lain. Jerman telah menerima mereka di bawah syarat tertentu.

'Jerman Bukan Sebuah Zon Peperangan'

Untuk mewujudkan syarat ini, ada borang yang perlu diisi dan perjanjian tertentu telah pun diikat. Ini merujuk kepada kontrak sebenar yang perlu dipatuhi. Pada hakikatnya inilah yang dipanggil Ahd Amam, perjanjian keselamatan untuk kedua-dua belah pihak dan Allah berfirman dalam kitabnya: "Kamu yang telah diberikan keselamatan, tepatilah perjanjian ini."

Selepas itu apa-apa saja yang melanggar perjanjian ini – misalnya dengan mengisytiharkan mencuri sebagai halal atau dengan membenarkan pembunuhan penduduk atas nama jihad atau dengan cuba membina kurungan yang menimbulkan ketakutan dan perasaan gerun kepada orang ramai dan seterusnya – pada pandangan saya merupakan pelanggaran perjanjian dan pengkhianatan terhadap apa yang telah ditandatangani di kedutaan, pejabat konsul atau pejabat imigresen.

Jerman bukan zon peperangan. Jerman adalah tempat untuk bekerja, bersekolah untuk menuntut ilmu, sebuah bengkel untuk pelaburan, hospital untuk menerima rawatan dan sebuah pasar untuk berniaga. Dalam kata lain, Jerman adalah satu tempat untuk kewujudan bersama yang aman dan kehidupan yang baik – terutamanya kerana hakim dan polis Jerman (…) melindungi orang asing dan menjaga mereka.

'Kumpulan Bodoh yang Ketinggalan'


Sudah tentu terdapat segolongan orang, dan mereka ini bukan golongan yang berilmu, mengatakan bahawa Jerman adalah ahli NATO dan Jerman merupakan sebahagian daripada negara yang menentang orang-orang Islam di Afghanistan dan menyokong negara Israel.

Saya mengakuinya. Ketidakadilan tetap merupakan satu ketidakadilan dan setiap orang mesti berdiri menentang ketidakadilan termasuk rakyat Jerman. Saya tahu bahawa (rakyat Jerman) menentang peperangan dan kependudukan, dan mereka telah banyak kali menyuarakan penolakan mereka terhadap peperangan secara umum.

Adalah menjadi tugas imigran untuk berhujah dan melibatkan diri dengan orang seperti itu. (Ini harus dilakukan) dengan cara berdemonstrasi, mogok dan protes aman yang jauh bezanya daripada serangan semberono, pembunuhan orang yang tidak berdosa dengan alasan membunuh orang kafir, atau orang yang tidak memegang kepercayaan yang sama.

Penolakan dasar luar Jerman atau dasar luar lain mestilah diatur melalui tentangan secara awam dan aman.

Kekuatan alasan tidak terletak pada peluru senjata, keganasan atau tali pinggang berisi letupan. Itu semua tidak akan membawa perubahan. Ia akan hanya memperteguh kemunduran orang-orang Islam dan imej mereka sebagai kumpulan bodoh yang ketinggalan yang hanya layak tinggal dalam gua dan bukannya di sekitar Hamburg, Frankfurt, Berlin atau di mana-mana saja. Itulah makna semua ini.

'Saya Nasihatkan Agar Kita Hidup Bersama-sama Dengan Aman'

Saya juga ingin menambah, dengan sejelas-jelasnya, bahawa Hamburg (kerana soalan yang diajukan kepada saya adalah tentang Hamburg) merupakan bandar yang mempunyai pelbagai kepercayaan agama, ideologi dan fahaman politik. Selain itu, komuniti IsIam -- atas alasan yang telah saya sebutkan dan alasan lain yang secara umumnya diterima -- telah diwujudkan di sana. Terdapat banyak masjid, yang terbuka dan dilindungi. Wujud kebebasan beragama yang sebenar yang tidak wujud di banyak negara Islam. Apa yang disampaikan oleh para ilmuwan dan pendakwah di sana tidak boleh disampaikan di sesetengah negara Islam.

Terdapat banyak cara dan kemungkinan untuk mengekspresikan diri dan ini terbuka kepada setiap orang. Itu juga adalah sesuatu yang sukar dilakukan dalam dunia Islam. Tiada larangan dalam mempromosikan Islam secara aman. Dari segi undang-undang serta hubungan am antara tuan rumah dan tetamunya, seseorang itu boleh menyatakan pandangannya dan menganuti kepercayaannya.

Malahan saya tidak percaya pemerintah di sana (Jerman) akan menutup pintu pejabat mereka atau telinga mereka daripada mendengar permintaan komuniti Islam. Inilah sebabnya mengapa saya menasihatkan semua orang agar hidup bersama-sama dengan aman. Dunia Allah yang luas ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang tidak boleh berbuat demikian. Dan mereka yang tidak mahukan yang lain selain daripada membunuh, menumpahkan darah, merompak dan mencuri tiada kena mengena dengan agama Allah yang Maha Mulia -- tidak di Jerman dan tidak juga di mana-mana.

'Makanan yang Diperoleh Sendiri Adalah Manis dan Lazat'

Apabila merujuk tentang mencari nafkah, pekerjaan dan pengangguran, saya tidak fikir bahawa kita harus bergantung kepada kerajaan Jerman dan mengelak daripada bekerja untuk mencari nafkah, dan sebaliknya menuntut manfaat pengangguran atau seumpamanya. Benar, terdapat beberapa pekerjaan yang tidak sesuai untuk orang-orang Islam, tetapi adalah juga benar bahawa terdapat amat banyak pekerjaan lain, yang dari perspektif Islam adalah halal dan oleh itu dibenarkan.

Adalah lebih baik bagi seseorang (Muslim) hidup dari titik peluhnya sendiri kerana rezeki itu lebih manis dan lazat.

Bagi mereka yang berada di Hamburg yang hendak berjihad di jalan Allah, mereka patut berfikir tentang kehidupan, kerana inilah jihad sebenar di jalan Allah. Hakikat bahawa terdapatnya 46 bilik solat di Hamburg menunjukkan bukti sifat toleransi yang ditunjukkan oleh kerajaan Jerman kepada orang Islam. Secara perbandingannya, tidak terdapat gereja dalam bilangan sebesar itu di mana-mana bandar dalam negara Islam. Saya mengetahui banyak perkara tentang perpecahan antara pengasas masjid tersebut malahan dalam komuniti masjid tertentu. Perpecahan ini semakin ketara sehingga ia menjadi sifat menonjol orang-orang Muslim. Keadaan yang menyedihkan ini melemahkan kuasa orang-orang Muslim.

Malahan apabila mereka hendak berdialog dengan kerajaan Jerman berkaitan dengan isu tertentu, mereka mengelirukan kerajaan dengan semua konflik ini.

Submissions and suggestions:  contact@seventhpillar.net