• EnglishClick to open the English menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Leadership
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libyan Islamic Fighting Group
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah Against Bin Ladin
    • Salman al-Awdah Refutation of Awlaki
    • A Rescued Child Suicide Bomber
    • Salafi Refutation of Awlaki
  • BosanskiClick to open the Bosanski menu
    • Nasir Abas
    • Deoband vodstvo
    • Salman al-Avdah
    • Muhamed El Fazazi
    • Kadrija Fetva
    • Dr. Fadl
    • HASAN HATTAB
    • Libijska islamska militantna grupa
    • Spašeni dječak bombaš-samoubojica
  • فارسیClick to open the فارسی menu
    • نصير عباس
    • ديوباندى
    • سيد إمام الشريف
    • محمد الفزازى
    • حسن حطاب
    • روه مبارزه اسلامی لیبی
    • قدرى
    • سلمان العوده
    • نجات کودک قربانی
  • босанскиClick to open the босански menu
    • Насир Абас
    • Деобанди вођство
    • Др. Фадл
    • Мухамед Ел Фазази
    • Хасан Хатаб
    • Либијска исламска милитантна група
    • Кадријева Фетва
    • Салман ал-Авдах
    • Спашени дјечак бомбаш-самоубица
  • Нохчийн моттClick to open the Нохчийн мотт menu
    • Насир1аббас
    • Деобандин лидералла (коьрталла)
    • Докторан Фадль
    • Мохьаммад Эль-Фазази
    • Хасан Хаттаб
    • Ливий Исламан т1еман тоба
    • Кадри Фетва
    • Салман аль-Авдах!
    • К1екхьарадаьккхина бер-террорист-далархо
  • 简体字Click to open the 简体字 menu
    • 纳西·阿峇斯
    • 德奥班德派的领袖
    • Dr.法德勒博士第一本反恐怖主义的著作
    • 穆罕默德‧伊尔‧法扎兹
    • 哈桑哈塔布
    • 利比亚伊斯兰战斗组织
    • 卡德里的教令
    • 萨勒曼阿勒-欧达
    • 获救的儿童自杀炸弹
  • عربيةClick to open the عربية menu
    • نصير عباس
    • الدكتور سلمان العودة
    • سلفيين ضد العولقي
    • القيادة الديوباندية
    • حسن حطاب
    • قادري
    • نجاة طفل انتحاري
  • NederlandsClick to open the Nederlands menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Leiderschap
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • De Libische Islamitische Gevechtsgroep
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Een geredde jeugdige zelfmoordterrorist
  • FrançaisClick to open the Français menu
    • Nasir Abas
    • Le leadership deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Groupe islamique des combattants libyens
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Un enfant kamikaze rescapé
  • اردوClick to open the اردو menu
    • ناصر عباس
    • دہشت گردی کے رد میں ڈاکٹر فضل کی پہلی کتاب
    • محمد الفزازی
    • حسن حطاب
    • لیبین اسلامی گروپ برائے حرب
    • سلمان الاودھ
    • ایک بازیاب کردہ خود کش بمبار بچہ
  • DeutschClick to open the Deutsch menu
    • Nasir Abas
    • Die Deoband-Führung
    • Dr. Fadl
    • Hassan Hattab
    • Die Libysche Islamische Kampfgruppe
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Rettung eines kindlichen Selbstmordattentäters
  • हिन्दीClick to open the हिन्दी menu
    • नसीर अब्बास
    • देवबन्दी नेतृत्व
    • डा. फ़द्ल की आंतकवाद के िखलाफ़ पहली िकताब
    • मोहम्मद एल फज़ाज़ी
    • हसन
    • लीिबयन इस्लािमक लड़ाकू दल
    • क़ादरी फ़तवा
    • सलमान अल-अवध
    • एक छुड़ाया गया आत्मघाती हमलावर बच्चा
  • Bahasa IndonesiaClick to open the Bahasa Indonesia menu
    • Nasir Abas
    • Kepemimpinan Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kelompok Pejuang Islam Libya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Seorang Anak Pelaku Bom Bunuh Diri Yang Diselamatkan
  • كوردیClick to open the كوردی menu
    • نصير عباس
    • ديوباندى
    • سيد إمام الشريف
    • فزازى
    • حسن
    • LIFG
    • قدرى
  • Bahasa MelayuClick to open the Bahasa Melayu menu
    • Nasir Abas
    • Kepimpinan Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kumpulan Pejuang Islam Libya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Pengebom Berani Mati Kanak-kanak Yang Diselamatkan
  • AfsoomaaliClick to open the Afsoomaali menu
    • Nasir Abas
    • Hogaamiyayaasha Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Kooxda Dagaalyahanada Islaamka Liibiya
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Cunug Bambo Isku qarxiye ah oo la badbadiyay
  • EspañolClick to open the Español menu
    • Nasir Abas
    • Liderazgo de los Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Grupo de Lucha Islámica Libia
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Niño terrorista suicida rescatado
  • TagalogClick to open the Tagalog menu
    • Nasir Abas
    • Pamumuno ng Deobandi
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libyan Islamic Fighting Group
    • Dr. Qadri
    • Salman al-Awdah
    • Isang iniligtas na Batang "Suicide Bomber”
  • TürkçeClick to open the Türkçe menu
    • Nasir Abas
    • Deobandi Liderliği
    • Dr. Fadl
    • Mohammed El Fazazi
    • Hassan Hattab
    • Libya İslami Mücadele Örgütü
    • Dr. Kadri
    • Selman El-Avde
    • Kurtarılan İntihar Bombacısı Çocuk
  • தமிழ்Click to open the தமிழ் menu
    • Tamil-Nasir Abas
    • Tamil-Deoband
    • Tamil-Fadl
    • Tamil-Fazazi
    • Tamil-Hassan Hattab
    • Tamil-LIFG
    • Tamil-Qadri
    • Tamil-Awdah
    • Tamil-Rescued Child Suicide Bomber
  • ภาษาไทยClick to open the ภาษาไทย menu
    • นาซิร อาบาส
    • ผูนํากลุมดีโอบันด 
    • การถอนคำพูดจากอียิปต์
    • โมฮัมเหม็ด เอล ฟาซาซ 
    • ฮัสซัน ฮัตทาบ
    • กลุมนักสูชาวอิสลามในลิเบย
    • กาดริ ฟตวา 
    • ซัลมาน อัล เอาดะฮ
    • เด็กที่ไดรับการชวยชีวิตอดีตมือระเบิดพลีชีพ 

Dr. Fadl

Dr. Fadl—dilahirkan dengan nama Sayyid Imam al-Sharif—mengasaskan Jihad Islam Mesir dan membimbing Usama bin Ladin dan Ayman al-Zawahiri sebelum al-Qaeda ditubuhkan. Seorang doktor perubatan, komander mujahidin dan seorang Muslim yang berdedikasi, Dr. Fadl berjuang di barisan hadapan menentang tentera komunis di Afghanistan dan Yaman.  Beliau dibebaskan dari penjara Mesir pada tahun 2007.

 

"Merasionalkan Jihad di Mesir dan dunia" oleh Sayyid Imam (2007)

Bahagian Pertama

Kaherah Al-Misri Al-Yawm 18 Nov 07

[Tajuk berita: "Eksklusif, Al-Misri al-Yawm menerbitkan versi semakan teologi Jihad. 'Jihad kerana Allah' membabitkan pencabulan agama, terutamanya, pembunuhan berdasarkan kewarganegaraan, warna kulit dan mazhab"]

Nama gelaran beliau ialah Dr Fadl.

Nama sebenar beliau ialah Sayid Imam Abd-al-Aziz al-Sharif, dilahirkan pada 1950 di bandar Bani Suef. Gelarannya Dr., kerana beliau merupakan seorang pakar perubatan kelulusan Fakulti Perubatan, Universiti Kaherah, 1974, dengan ijazah kepujian.

Dr Fadl memulakan hari ini, dalam halaman Al-Misri al-Yawm secara eksklusif di Mesir, untuk menerbitkan versi semakannya dan versi semakan organisasi beliau, Al-Jihad, yang bertajuk bertajuk "Merasionalkan Jihad di Mesir dan Dunia", dengan memberi sorotan pada muka hadapan bahawa "dokumen beliau telah diambil dan diamalkan oleh puak penjihad di Mesir sebagai dokumen untuk orientasi keamanan antara mereka dengan Kerajaan Mesir".

Sayid Imam mengatakan—yakni pada muka hadapan dokumennya bahawa dia mempunyai nama gelaran yang lain: Abd-al-Qadir Bin Abd-al-Aziz Fadl—adalah benar dan tepat. Sejak bekas Amir Jihad itu memulakan lawatan dakwah dan kuliah di penjara untuk memperkenalkan versi beliau kepada kader-kader Jihad, ratusan banduan menyokong versi ini. Sebenarnya, hal ini telah membawa hasil yang positif, bilamana Kementerian Dalam Negeri membebaskan ramai penjihad.

Fadl, pembimbing dan bekas Amir Ayman al-Zahawiri, meletakkan jihad dalam Islam sebagai suatu perkara berterusan dan fardu [kewajipan agama] sebagai inti pati dokumen beliau namun mengatakan bahawa “penjihad” telah melakukan banyak kesalahan yang menghampiri rasuah.

"Amir" ini menekankan bahawa pertumpahan darah dan pemusnahan harta benda tanpa alasan yang munasabah adalah antara perkara yang mengundang kemurkaan Tuhan.

 

  • --

Syukur kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Kuasa. Tuhan sekalian alam, langit dan bumi dan yang di antaranya. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Kami bersyukur kepada-Nya sebagaimana yang harus dilakukan oleh hamba-Nya yang bersyukur. Kami berdoa dan berselawat atas Rasulnya yang jujur, yang diutus oleh-Nya sebagai rahmat kepada sekalian alam dan kepada semua kaum keluarga dan umatnya. Allah Yang Maha Kuasa telah mengutus Nabi Muhammad s.a.w, dengan makrifat dan dengan agama yang benar, supaya umat manusia boleh keluar daripada kegelapan kepada cahaya yang terang, dengan izin Tuhannya, ke jalan-Nya yang lurus. Dia [Allah] membantu baginda dengan kemenangan besar dan dengan pengikut yang setia, rahmat dan keampunan Allah atas mereka semua. Allah memperlihatkan agama-Nya melalui Nabi Muhammad s.a.w. dan menyempurnakan penaklukan untuk baginda, walaupun menghadapi ramai musuh yang keras hatinya. Oleh itu Rasulullah s.a.w dan pengikut baginda, rahmat dan keampunan Allah atas mereka, mewujudkan Negara Islam daripada tiada apa-apa, sehingga menjadi negara yang berkembang dan besar yang terdiri daripada orang-orang Arab, Parsi, Turki, Berber, Kurdish, dan Frinjah [orang-orang Barat]. Selepas itu, di bawah naungan Khalifah Islam yang kuat, terus berkembang dari Bangladesh di timur hingga ke Marakish [Maghribi] dan Andalusia di barat, dan dari Tashkent, Azerbaijan, dan Caucus di utara hingga ke Yaman dan Bahr al-Arab di selatan, menjadi satu negara yang mengagumkan serta wujud selama 1,300 tahun sehingga Empayar Uthmaniyyah runtuh dalam Perang Dunia I (1914-1918), apabila orang-orang Islam mula goyah, bertambah lemah dan berpecah-belah.

Dengan Empayar Uthmaniyyah yang semakin lemah pada penghujung kurun kesembilan belas Masihi, negara-negara Eropah telah menawan kebanyakan negara dalam dunia Islam. Mereka memecahbelahkan dan melemahkannya, mencuri sumber-sumbernya, dan menafikan kemajuan industrinya. Mereka membiarkan rakyatnya dalam keadaan berpecah-belah, miskin, dan mundur. Melalui kuasa pendudukan tenteranya, mereka mengenakan budaya dan undang-undang mereka ke atas negara-negara Islam. Negara-negara Eropah ini kemudiannya mewujudkan negeri untuk orang-orang Yahudi (Israel) di tengah-tengah dunia Islam untuk melemahkannya dan menghinanya. Sudah pasti semua perkara ini berlaku kepada orang-orang Islam kerana dosa-dosa mereka. Sebagaimana firman Allah "Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka itu adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa)" (Surah Asy-Syura, ayat 30) [Ayat suci Al-Quran]. Perikatan musuh ini masih lagi mencengkam negara-negara Islam dengan didikan mereka dan meminta supaya diberikan lebih banyak konsesi; suatu kenyataan yang berlaku seperti disebut dalam firman Yang Maha Kuasa "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)" (Surah Al-Baqarah, ayat 120) [Ayat suci Al-Quran].

Penggalakan budaya Eropah dan penerapan undang-undangnya membawa kepada kerosakan akhlak dan keruntuhan moral yang berleluasa di negara-negara Islam. Mereka yang lebih mulia akhlaknya dalam kalangan orang-orang Islam tersebut menyedari akan bahaya itu, dan menuntut agar hal ini dibetulkan sebelum kemurkaan Tuhan dan kemusnahan menimpa mereka. Mereka percaya bahawa asas kepada semua pembaharuan, untuk negara dan juga rakyatnya, adalah dengan kembalinya negara-negara Islam kepada peradaban Syariah Allah. Tambahan pula, mengikut peradaban Syariah adalah tanggungjawab setiap orang Islam berdasarkan keimanannya kepada Allah. Dia akan melakukan dosa dan imannya akan terganggu sekiranya dia mengabaikannya. Ini adalah seperti firman Yang Maha Kuasa "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak dianggap beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya" (Surah An-Nisaa’, ayat 65) [Ayat suci Al-Quran]. Yang Maha Kuasa berfirman "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata" (Surah Al-Ahzaab, ayat 36) [Ayat suci Al-Quran]. Oleh yang demikian, menjauhkan diri daripada Syariah Allah adalah permulaan kepada kemusnahan dunia dan akhirat. Sebaliknya, peradaban Syariah Allah menggabungkan yang terbaik dari dunia dan akhirat untuk orang-orang Islam. Sebagaimana firman Yang Maha Kuasa "Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa kepada Allah, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi" (Surah Al-A'raaf, ayat 96) [Ayat suci Al-Quran]. Yang Maha Kuasa berfirman "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka" (Surah Al-Jinn, ayat 16) [Ayat suci Al-Quran]. Sejarah orang-orang Islam menunjukkan banyak bukti bahawa mereka mendapat kemakmuran, kemenangan dan kekayaan apabila mereka berpegang teguh pada Syariah. Sejarah Islam yang gemilang inilah satu-satunya kebanggaan orang-orang Islam pada zaman ini.

Banyak cara digunakan dalam menuntut Syariah Islam digunakan sebagai peradaban perundangan pada zaman ini dan yang hendak menentang kuasa-kuasa besar yang hanya mahu menghina dan melemahkan orang-orang Islam. Sesetengah kumpulan Islam mengambil jalan keluar dengan menentang pihak pemerintah dalam negara mereka atau dengan menentang kuasa-kuasa besar dan rakyat mereka atas nama jihad atas nama Allah Yang Maha Kuasa, demi menegakkan status Islam. Pertempuran merebak ke beberapa negara dari yang paling jauh di timur hingga ke yang paling jauh di barat. Pertempuran ini bercampur dengan banyak pelanggaran Syarii [prinsip agama, istilah yang lebih luas daripada Syariah], seperti membunuh berdasarkan kewarganegaraan; membunuh kerana warna kulit atau rambut; membunuh kerana mazhab; membunuh orang-orang Islam dan bukan Islam yang tidak sepatutnya dibunuh, dan memperbesar-besarkan isu Al-Tatarrus [tidak bersalah dalam membunuh orang awam dan orang Islam yang bukan penempur, atau orang awam dan orang Islam yang merupakan "benteng manusia" semasa menyasarkan musuh] untuk mengembangkan lingkungan pembunuhan, menggunakan dengan sesuka hati wang mereka yang memberi jaminan keselamatan, dan mensabotaj harta benda. Tiada apa yang membangkitkan kemurkaan Tuhan seperti pertumpahan darah dan pemusnahan harta benda tanpa alasan yang kuat. Ini menjadi sebab yang pasti kepada kegagalan di dunia, dan rasa malu dan dipertanggungjawabkan di akhirat. Allah telah berfirman "... Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah An-Nuur, ayat 63) [Ayat suci Al-Quran].

Penandatangan dokumen ini, dalam menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pelanggaran Syarii dan kerosakan akhlak akibat daripadanya, mengingatkan diri mereka dan orang-orang Islam umum tentang beberapa kawalan agama dalam perjuangan [teologi] jihad. Mereka mengesahkan komitmen mereka terhadap kekuasaan ini seperti yang dinyatakan di sini. Mereka menyeru orang Islam lain, terutamanya generasi muda daripada golongan remaja Islam, agar mematuhi ajaran ini, dan tidak terperangkap dalam pelanggaran syarii orang-orang yang terdahulu daripada mereka, hasil daripada kejahilan agama atau tindakan yang disengajakan. Kerana mereka [yang terdahulu] tidak menegakkan agama dan tidak juga membantu dunia, terutama sekali kerana jihad adalah tanggungjawab agama yang berterusan di Negara Islam, sejak Allah Yang Maha Kuasa memerintahkannya dan sehingga yang terakhir melawan Penyamar itu bersama-sama Nabi Isa a.s., di akhir zaman, seperti yang diberitakan kepada kami oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Rasulullah menggambarkan jihad sebagai "puncak ketinggian Islam", kerana Allah memelihara bagi orang Islam dengannya agama mereka dan dunia mereka, harga diri dan maruah mereka di dunia ini dan di akhirat. Oleh itu adalah perlu merasionalkan kefahaman tentang jihad sebagai suatu kewajipan agama.

Kami wujudkan garis panduan agama ini untuk merasionalkan tindakan jihad, dalam artikel yang mengisytiharkan ketaatan kami. Kami menyeru umat Islam, terutamanya kumpulan jihad di seluruh pelosok dunia, untuk mematuhinya. Dengan melakukannya kami menjalankan kewajipan kami untuk menasihatkan kerana Allah dan Kitab-Nya, dan Rasul-Nya s.a.w, dan orang Islam umumnya. Kami mengatakannya seraya menghargai dan mengakui sepenuhnya bahawa saudara mujahidin di mana-mana sahaja, secara keseluruhannya, adalah pembela perjuangan yang mulia dan pembawa misi yang mengagumkan. Adalah tidak benar bahawa mereka mencari kepentingan kebendaan. Sebenarnya, ramai daripada mereka yang telah mengorbankan diri dan harta benda demi maruah agama Islam dan orang-orang Islam.

Artikel Dokumen:

Pertama: Agama Islam

Agama Islam adalah agama yang terakhir yang mana Allah Maha Kuasa telah menyimpulkan semua wahyu-Nya untuk memimpin makhluk-Nya. Allah mengilhamkannya kepada Rasul dan utusanNya yang terakhir, yakni Muhammad s.a.w. dan atas mereka [utusan-utusan] doa yang terbaik dan menerima setinggi-tinggi pengiktirafan.

Islam mengikat semua yang telah ditugaskan [untuk menyembah Tuhan], sama ada manusia atau jin, dari waktu diutus Rasulullah s.a.w, hingga ke Hari Kebangkitan Semula. Allah berfirman: "Dan tiadalah Kami mengutuskanmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar)" (Surah Saba’, ayat 28) [Ayat suci Al-Quran]. Allah berfirman: "Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya (di utus oleh Allah)" (Surah Al-A'raaf, ayat 158) [Ayat suci Al-Quran]. Dalam Sahih [hadis kuat] Rasulullah s.a.w bersabda "seorang nabi biasanya diutus kepada umatnya yang khusus, tetapi aku telah diutus kepada seluruh umat manusia". Ini telah dipersetujui, dan manusia sejak Utusan Rasulullah itu sehingga Hari Kebangkitan Semula adalah "umat manusia yang diseru" untuk memeluk agama Islam. Dalam Al-Quran Allah merujuk mereka sebagai "Wahai manusia". Mereka yang mendengar panggilan itu ialah "Umat Manusia yang Menerima", yakni orang-orang Islam yang dirujuk di dalam firman Allah dalam Al-Quran: "Wahai mereka yang beriman".

Setakat inilah yang diketahui oleh manusia. Bagi misi Rasulullah terhadap jin, ini telah disahkan di penghujung Surah Al-Ahqaaf dan permulaan Surah Al-Jinn.

Maksud Sifat Keterikatan Agama Islam: Sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa tidak akan memperhitungkan semua makhluk-Nya yang telah diberi peringatan sejak Misi Rasulullah s.a.w sehingga Hari Kebangkitan Semula, kecuali atas dasar agama Islam, dari waktu melihat Malaikat Maut sehingga ke waktu dikebumikan, kemudian dibangkitkan semula dan dipertanggungjawabkan hingga ke destinasi terakhir di syurga atau api neraka. Oleh itu, sesiapa yang belum memeluk agama Islam, atau sesiapa yang telah memeluk agama Islam kemudiannya keluar dari landasan Syariah dengan melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam, sudah tentu akan musnah sekiranya mereka mati dalam keadaan yang seperti ini. Allah Yang Maha Kuasa berfirman: "Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi" [Surah Al-Imran, ayat 85) [Ayat suci Al-Quran]. Allah berfirman: "... sesiapa yang ingkar akan Al-Quran itu dari kumpulan-kumpulan kaum kafir, maka nerakalah dijanjikan menjadi tempatnya ..." (Surah Hud, ayat 17) [Ayat suci Al-Quran]. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi" (Surah Az-Zumar, ayat 65) [Ayat suci Al-Quran]. Shaykh Islam Ibn Taymiyah, semoga dirahmati Allah, berkata "tidak dapat disangsikan lagi dalam agama Islam--dan ini telah disahkan oleh semua orang Islam--bahawa seseorang yang menggalakkan mengikuti agama selain daripada agama Islam, atau mengikuti syariah selain daripada syariah Muhammad s.a.w, adalah kafir " (Koleksi Fatwa, jilid 28).

Makna Agama Islam: Iaitu "istislam" [menyerah dalam bahasa Arab], atau membenarkan diri seseorang dipimpin sepenuhnya oleh syariah Allah Yang Maha Kuasa. Ini bermaksud, menghambakan diri kepada Allah semata-mata, tanpa menyekutukan-Nya. Sebagaimana firman Allah: "(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: 'Serahkanlah diri (kepada-Ku wahai Ibrahim)!'. Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbirkan Sekalian Alam" (Surah Al-Baqarah, ayat 131) [Ayat suci Al-Quran]. Penyerahan seperti itu, membenarkan diri seseorang dipimpin seperti itu dan penghambaan seperti itu dicapai dengan menyembah Allah dalam cara yang diredai oleh Allah, bukan seperti cara yang kita mahukan, dengan mengikut Syarii Allah dalam setiap aspek kehidupan, besar atau kecil, bukan sekadar percaya dan sembah sahaja. Kerana itulah Allah menerangkan dalam firmanNya: Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan Sekalian Alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)" [Surah Al-An'aam, ayat 162) [Ayat suci Al-Quran]. Allah berfirman: "... dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu ..." (Surah Al-Nahl, ayat 89) [Ayat suci Al-Quran]. Sebagaimana mesej Islam yang mengikat semua manusia, "ini merupakan keluasan makna keduniaan dan ruang" [tanda petikan adalah mengikut sumber], ia juga mengikat mereka dalam semua hal kehidupan mereka, "dan ini ialah keluasan makna objektifnya". Ia memenuhi semua ini sehingga Hari Kebangkitan Semula, kerana tiada Rasul selepas Muhammad s.a.w.

Sekiranya Islam disempurnakan dengan memberi keutamaan kepada objektif Tuhan berbanding objektif seseorang maka perbuatan melanggar hal ini dianggap suatu pelanggaran atau salah. Terdapat beberapa tahap pelanggaran:

-       Orang yang memberi keutamaan kepada pencarian diri sendiri berbanding pencarian Tuhannya dalam perkara yang remeh-temeh, maka orang ini melakukan dosa kecil "iaitu pemberontakan";

-       Orang yang memberi keutamaan kepada pencarian diri sendiri berbanding pencarian Tuhannya dalam perkara-perkara yang besar ialah orang yang melakukan dosa besar "iaitu kegiatan yang tidak bermoral";

-       Dan orang yang memberi keutamaan kepada pencarian diri sendiri berbanding pencarian Tuhannya dalam perkara-perkara pokok ialah orang yang "kufur" [kafir]. Ini kerana Allah Yang Maha Kuasa telah menyatakan kufur sebagai "dosa besar" (Surah Al-Waaq'iah, ayat 46) [Ayat suci Al-Quran]. Allah berfirman: " ... Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar" (Surah An-Nisaa’, ayat 48) [Ayat suci Al-Quran].

 

Allah Yang Maha Kuasa melarang semua pelanggaran ini pada banyak peringkat. Allah berfirman: "... Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta menghiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu perkara-perkara yang kamu benci..." (Surah Al-Hujuraat, ayat 7) [Ayat suci Al-Quran]. Semua dosa ini boleh ditebus dengan bertaubat dan memohon pengampunan semasa seseorang itu masih hidup. Dan bagi orang-orang yang telah mati semasa berada dalam keadaan seperti ini, ia telah diterangkan dengan jelas dalam buku-buku agama dan teologi. Al-Bayhaqi merujuk tentang perkara ini di dalam bukunya "Shu'ab al-Iman", menurut Al-Hulaymi, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.

Dalam bukunya "Concurrences on the Principles of Shari'a", jilid pertama, Imam al-Shatibi, semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, menyatakan bahawa "Allah telah merumuskan Syariah dengan sebegitu rupa sehingga minda menjadi cenderung untuk mengikuti objektif Pembuat Undang-undang [Tuhan]". Inilah maksud tugas, supaya orang-orang Islam tidak melakukan perkara sebaliknya dengan mengubah haluan Syariah mengikut kecenderungannya, kerana ini adalah berbeza dengan apa yang Allah Yang Maha Kuasa inginkan.

Dalam bidang jihad demi Allah Yang Maha Kuasa, inilah satu cabang iman, atau "puncak ketinggian Islam", seperti yang dipetik dari sabda Rasul s.a.w. Dalam bidang yang hebat ini, yakni jihad, penghambaan diri orang-orang Islam kepada Tuhan Yang Maha Kuasa ialah dengan memberikan keutamaan terhadap pencarian Tuhannya daripada dirinya berbanding pencarian dirinya sendiri. Ini dilakukan melalui seorang Islam yang mengetahui tanggungjawab yang telah diperintahkan kepadanya pada masa tertentu, bergantung kepada keupayaannya. Dia akan mendapat pahala untuk apa yang boleh dilakukannya, dan dia dibebaskan daripada dosa untuk apa yang tidak boleh dilakukannya. Inilah cara orang Islam dalam semua aspek kehidupan mereka, baik tentang jihad mahupun tentang isu lain. Tetapi bagi orang Islam yang meletakkan objektif untuk diri sendiri yang di luar kemampuannya dan tidak sesuai untuk keadaan dirinya, walaupun ia dibolehkan, dan kemudian mengikut mana-mana jalan bagi mencapai objektifnya, tanpa terikat oleh batasan Syariah, maka dia telah memberi keutamaan kepada pencarian diri berbanding pencarian Tuhan daripadanya. Ini bukanlah cara orang Islam tetapi adalah cara revolusi sekular. Dalam Islam, tiada istilah "matlamat menghalalkan cara", walaupun jika matlamatnya mulia dan sah. Sebaliknya, orang Islam menyembah Allah melalui cara yang digunakan sama seperti dia menyembah Allah melalui matlamat yang dicarinya. Sekiranya dia mati sebelum mencapai matlamatnya, dia mendapat pahala kerana mencuba, dan dia dibebaskan daripada dosa apa yang tidak dapat dilakukannya. Sebagaimana firman Yang Maha Kuasa: "Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur. Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah An-Nisaa’, ayat 100) [Ayat suci Al-Quran]. Sesiapa yang mengikuti jalan yang tidak dibenarkan oleh syarii, tindakannya sia-sia dan tidak boleh diterima, dan Allah tidak menerima daripadanya. Sebagaimana Allah Yang Maha Besar berfirman: "... Hanya sesungguhnya Allah menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-Maaidah, ayat 27) [Ayat suci Al-Quran]. Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa yang melakukan perkara yang tidak diperintahkan oleh kami, perbuatannya ditolak", diriwayatkan oleh Muslim [salah seorang yang berkuasa atas hadis Nabi]. Maksud "ditolak" di sini ialah Allah tidak menerimanya. Oleh itu memastikan apa yang betul adalah tanggungjawab yang harus diperhatikan sebelum meneruskan dengan sebarang tindakan, kerana Allah Yang Mulia mempertanggungjawabkan kita atas apa yang diperintahkan ke atas kita dan apa yang telah dipilih-Nya sebagai syarii untuk kita, bukan atas apa yang diri kita inginkan atau berkenan.

Orang Islam diwajibkan melakukan perbuatan berlandaskan Syariah, dan dia akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah seimbang dengan usaha yang dilakukan mengikut keupayaannya. Allah tidak akan mempertanggungjawabkannya terhadap apa yang tidak boleh dilakukannya dan tidak juga akan mempertanggungjawabkannya kerana tidak mencapai objektifnya. Ini sangat jelas dalam ayat yang dinyatakan di atas "Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya", dan daripada sabda Rasulullah s.a.w, mengenai apa yang bakal berlaku pada Hari Kebangkitan Semula kepada para rasul dan para pengikutnya. "Dan seorang Rasul datang dengan dua orang lelaki, dan seorang Rasul datang dengan seorang lelaki, dan seorang Rasul datang tanpa sesiapa bersamanya". Sabda Rasul ini dipersetujui oleh Ibn Abbas, semoga diberkati Allah. Sabda ini ialah mengenai kepatuhan terhadap kehendak Allah, di mana terdapat "Ukasha mendahului kamu dengannya". Setiap daripada mereka, semoga dicucuri rahmat atas mereka, melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka tentang menyampaikan pesanan-Nya. Allah tidak akan mempertanggungjawabkan mereka tentang bilangan pengikut mereka. Oleh itu orang Islam dikehendaki bekerja mengikut Syariah tetapi bukan bergantung kepadanya untuk mencapai objektif, kerana ini bergantung kepada takdir Allah dan kehendak-Nya, dalam kemuliaan-Nya. Hasil tersebut dicapai sekiranya terdapat sebab yang betul, melainkan takdir mengehendaki sebaliknya. Oleh itu anda sedar adalah tidak benar bahawa "setiap tindakan yang tidak berjaya mencapai objektif hanya sia-sia". Terdapat seorang rasul a.s., yang menjalankan seruan yang diperintahkan atasnya tetapi tiada sesiapa pun yang mengikutnya, oleh itu objektifnya atau sebahagian daripadanya tidak tercapai. Adakah tindakannya sia-sia? Ini kerana Allah Yang Maha Kuasa berfirman: "Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah" (Surah An-Nisaa’, ayat 64) [Ayat suci Al-Quran]. Tetapi ini ialah seorang rasul yang tidak dipatuhi oleh sesiapa pun. Adakah tindakannya sia-sia kerana tidak mencapai objektifnya? Dengan ini anda tahu adalah tidak wajar menggunakan ayat sebelum ini untuk setiap tindakan yang tidak mencapai objektifnya, dan oleh yang demikian mengatakan ia sia-sia. Ini adalah tidak benar. Selagi tindakan itu berlandaskan Syariah, orang Islam akan mendapat ganjaran pahala seimbang dengan usaha yang dilakukannya, walaupun dia tidak mencapai objektifnya, seperti yang terbukti dalam ayat yang telah disebutkan. Dan Allah Yang Maha Kuasa berfirman: "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)" (Surah Az-Zalzalah, ayat 7 dan 8) [Ayat suci Al-Quran]

Submissions and suggestions:  contact@seventhpillar.net